Rabu, September 30, 2009

Filem Bruno diharamkan di M'sia

Filem Bruno, terbitan Universal Picture Production diharamkan penayangannya di Malaysia kerana ia didapati mengandungi adegan dan kata bual lucah.

Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan hari ini berkata hasil penelitian dan semakan Lembaga Penapis Filem (LPF) mendapati filem itu tidak melepasi etika budaya dan amalan hidup masyarakat di negara ini.

LPF mendapati filem yang dibintangi Sacha Cohen Boren itu bertemakan gay dan mengandungi adegan lucah, kata bual lucah dan turut mengetengahkan paparan shot
penggunaan peralatan seks.

"Filem ini juga dengan jelas telah menyentuh sensitiviti kepercayaan dengan mempersendakan agama Kristian," kata kenyataan itu.

Pengedar filem Bruno, Golden Screen Cinemas telah dimaklumkan berhubung keputusan pengharaman itu melalui sepucuk surat bertarikh 6 Ogos lepas dan pengedar juga dimaklumkan tentang asas-asas pengharaman berserta laporan penapis filem untuk filem itu.




Petikan "Malaysiakini.com, Sep 29, 09 6:31pm"


wah sangat bahaya ancaman filem sekarang
ia memang medium paling sesuai untuk menjajah minda muda mudi..
hahaha
kalau lah filem2 luar datang dengan tanpa tapisan
saya percaya ramai anak2 muda m'sia rmai jadi setan
jangan melenting
ia cuma pandangan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

support our local art!!
yeahhh